Adik Rayan Meninggal Dunia

Kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa, dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Terdahulu, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *