Pasukan KV Keningau Bentang Inovasi Di Persidangan Sepanyol

KENINGAU : Pasukan Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada empat pelajar jurusan bakeri dan pastri telah membentang inovasi makanan mereka di persidangan dalam talian yang berpusat di Valencia, Sepanyol, pada 28 Januari 2022.

Pelajar-pelajar ini adalah Nurul Natasha Binti Aediee Djunaidee, Mel C Jane Casmil, Jordan Bell Angel Injol dan Avianna Natalie Leonard.

Mereka telah membentang inovasi makanan berupa ladu Gyoza yang berintikan tuhau iaitu sejenis tumbuhan liar di kepulauan Borneo.

Pasukan ini mengambil keputusan untuk menggunakan tuhau sebagai bahan makanan utama bagi produk ladu mereka kerana tumbuhan tersebut kurang digunakan oleh masyarakat walaupun ianya berkhasiat dan dianggap sebagai salah satu keunikan Sabah.

Mereka berharap agar inovasi ini mampu memperkenalkan tuhau sebagai bahan utama dalam pelbagai produk makanan.

Mereka juga bercadang untuk memperbanyakkan lagi variasi ladu yang berasaskan bahan organik yang hanya tumbuh di Borneo.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa gembira dengan usaha sebegini kerana terdapat banyak potensi bagi produk tempatan untuk dikomersialkan dan adalah misi pendidikan vokasional untuk melahirkan usahawan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan tersebut boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *