Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Atas Persembahan Monolog Ulek Mayang

KENINGAU: Nur Afiqa Amani, pelajar seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat anugerah hadiah kedua (2nd Prize) untuk persembahan monolognya yang bertajuk “Ulek Mayang” di Karnival Seni Portugal yang dianjurkan secara dalam talian pada 25 Januari 2022.

Nur Afiqa menulis monolog ini berdasarkan mitos dahulukala Ulek Mayang yang mengisahkan seorang puteri bunian yang telah jatuh cinta dengan seorang nelayan dan telah dituduh menculik semangat pemuda tersebut sehinggalah dia berada dalam keadaan tidak sedar diri.

Pelajar ini mempersembahkan monolog ini melalui perspektif puteri tersebut. Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga atas pencapaian pelajar ini dan berasa bersyukur kerana kejayaan ini membuktikan bahawa generasi muda mampu memelihara warisan budaya melalui aktiviti seni dan karya sastera.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Persembahan Monolog hasil karya aslinya itu boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *