ESSCOM Keluar Senarai Terbaru Individu Dikehendaki

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini, mengeluarkan senarai terkini individu dikehendaki termasuk lima suspek terbaru.

Ia bagi membantu siasatan membabitkan kes-kes jenayah rentas sempadan dan KFR di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, susulan kejayaan ESSCOM menumpaskan sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) tahun lalu, ia membawa kepada maklumat terbaharu aktiviti mereka.

Katanya, seramai 20 individu warga asing yang mempunyai hubungan dengan ASG berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa.

“Seramai lima individu baharu dimasukkan dalam senarai ini iaitu Ahadin Hussein; Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismurah Jirah yang disyaki berperanan sebagai ‘keepers’ dan terlibat dalam kes penculikan di perairan tambisan.

“Manakala individu keempat adalah Madjid Said @ Ammah Pattit yang juga ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta sub leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Hamzah berkata, individu dikehendaki kelima ialah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang juga anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam ASG.

Katanya, suspek kelima ini dipercayai mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo, Filipina pada 24 Ogos 2020.

“Manakala 15 lagi suspek yang turut tersenarai l dalam senarai individu dikehendaki adalah sama dalam senarai dikeluarkan sebelum ini.

“Mereka dikenali sebagai Salip Mura, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @Rasad, Marajan @ Manajan Asiri dan Jul Aksan.

“Selain itu, Abdurajan@ Halimaw, Jul @ Jun Hasan, Barak Undog @ Alvin, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @ Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, lima individu yang dikehendaki pada Jun 2021 tidak lagi berada dalam senarai berkenaan selepas ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara itu.

“Mereka ialah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan @ Musafar Sawadjaan dan Halipa,” katanya,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, ESSCOM akan memperhebatkan operasi khas untuk menjejak anasir terbabit dan melancar operasi bersepadu laut dan darat bagi membenteras elemen tidak diingini di ESSZone.

Katanya, ia juga bagi menghalang penceroboh daripada menggangu keamanan dan keselamatan di kawasan ini.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu dikehendaki ini boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181.

”Maklumat juga boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *