Ejen Sarang Burung Didakwa Membunuh Di Luar Pusat Hiburan Di Penampang

Kaw Yung Chee dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang ejen sarang burung hari ini didakwa membunuh seorang lelaki berusia 30 tahun di luar pusat hiburan di Penampang, dekat sini, tiga minggu lalu.

Kaw Yung Chee, 35, dituduh membunuh Jusmani Duragan di luar Maple Karaoke Lounge pada 3.26 pagi, 4 Jan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Lovely Natasha Charles menetapkan 28 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan Kaw ditahan reman kerana tiada jaminan diberikan bagi kes bunuh.

Kelvan Elson Maik hadir untuk pendakwaan manakala Amli Nohin mewakili tertuduh. -FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *