Tular Video Pergaduhan 6 Remaja Di Kunak

Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di Kunak, Sabah. – Foto tular

KUNAK: Satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki dikesan tular di media sosial semalam.

Rakaman video 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain.

Selain mencederakan mangsa, tindakan ganas mereka juga seolah-olah tidak menghormati atau menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu.

Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit.

Difahamkan, kejadian pada awal Disember tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, di sini, sebelum ditularkan sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *