TAWAU, 09 JAN : Dua orang meninggal dunia dipercayai rentung dan tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan (melecur) dalam kejadian kebakaran rumah yang berlaku di kampung Sungai Buaya, Batu 2½ Jalan Apas, malam tadi.
Pihak bomba membuat anggaran awal sebanyak 30 hingga 40 buah rumah musnah terbakar 100% di keluasan tapak 100 meter x 50 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Julius John Stephen Jr berkata, dua mangsa rentung ditemui kira-kira pukul 4.45-pagi dan 5.50-pagi masing-masing seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Bagaimanapun umur mangsa rentung masih belum diketahui.
Sementara itu, tujuh lagi mangsa yang dilaporkan berlaku melecur tahap 1 hingga 86-peratus berumur lingkungan 6 hingga 45-tahun iaitu empat perempuan dan tiga lelaki termasuk empat adalah kanak-kanak.
Katanya, kesemua mangsa melecur dikejarkan ke Hospital Tawau oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya, pihak bomba bergegas ke lokasi kebakaran pada jarak 5-kilometer selepas menerima panggilan telefon melalui talian MERS999 kira-kira pukul 12.32-tengah malam.
Pihak bomba melakukan kerja-kerja memadamkan api kebakaran menggunakan dua aliran 400-kaki empat pancutan sumber air jentera bomba dan air terbuka iaitu parit berdekatan.
Operasi dilaporkan terkawal kira-kira pukul 2.07-pagi dan ditamatkan sepenuhnya pukul 6.20-pagi.Turut terlibat dalam operasi tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
SumbeR: BESTAWAUfm
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost