Dibelasah Hingga Tidak Sedarkan Diri, Apa Nasib Mangsa?

Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di Kunak, Sabah. – Foto tular

KUNAK: Satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki tular di media sosial hari ini.

Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain.

Pada penghujung video terbabit, mangsa dilihat tidak sedarkan diri dipercayai akibat dicekik dari arah belakang oleh seorang daripada remaja terbabit dan keadaan mangsa tidak diketahui.

Selain mencederakan mangsa, tindakan ganas mereka juga seolah-olah tidak menghormati atau menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu.

Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit.

Difahamkan, kejadian berlaku pada awal Disember tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, di sini, sebelum ditularkan sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *