Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U

Jika anda hendak menukar kad debit Maybank akibat sudah tamat tempoh atau rosak tetapi tidak tahu bagaimana caranya, anda boleh ikut cara mudah yang kami kongsikan ini.

Sebelum itu, anda perlu memastikan bahawa kad debit anda bukan:

  • Kad Debit Visa Barcelona FC
  • Kad Debit Visa Bergambar
  • Kad Debit Visa Premier

Jika kad debit anda hilang, kecurian atau lupa kata laluan, anda juga tidak dibenarkan untuk untuk membuat tukaran kad ini. Disamping itu, anda perlu pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk penggantian kad baharu.

Kita teruskan kepada langkah pertukaran kad debit Maybank ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa setiap proses pertukaran kad ini anda akan dicas sebanyak RM12.

1. Log masuk perbankan atas talian Maybank2u dan log masuk.

2. Tekan profile pada bahagian atas kanan.

3. Tekan SETTING

4. Tekan CARDS

5. Pada menu Manage Debit Cards ini, pilih Debit Card- Replace, Activate & Block

6. Tekan butang menu 3 titik

7. Pilih Replace Card

8. Pastikan maklumat alamat anda betul. Klik pada ruang yang disediakan jika anda setuju dengan terma dan syarat. Kemudian tekan REPLACE CARD.

9. Anda perlu mohon dan masukkan No. TAC. Setelah selesai, anda akan diberikan satu notifikasi bahawa pertukaran kad anda telah berjaya.

Anda hanya perlu menunggu kad debit baharu anda dihantarkan ke alamat yang telah anda masukkan. Proses ini akan mengambil masa kurang daripada 9 hari.

Selepas anda terima kad baharu anda, kad tersebut perlu diaktifkan dengan cara:

Mesin ATM Maybank

  1. Masukkan kad > Pilih bahasa > Masukkan kata laluan
  2. Pilih Transaksi Lain > Perkhidmatan Lain > Halaman Seterusnya > Aktifkan Kad

Laman Sesawang Maybank2u

  1. Log Masuk
  2. Pergi ke SETTING > CARD > ACTIVATE

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *