Asteroid Gergasi Melintasi Bumi 18 Januari Ini

Asteroid gergasi dengan saiz dua kali ganda lebih besar dari bangunan Empire State di New York, akan melintas bumi. – Foto NASA

CALIFORNIA: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan asteroid gergasi dengan saiz dua kali ganda lebih besar dari bangunan Empire State di New York, akan melintasi bumi dengan jarak 1.93 juta kilometer sejam, pertengahan bulan ini.

Lapor Daily Mail, Asteroid 7482 (1994 PC1) bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia akan berada lima kali lebih jauh dari planet dan bulan.

Menurut Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi (CNEOS) NASA, asteroid itu adalah objek yang berpotensi bahaya kerana melintasi orbit bumi semasa mengelilingi matahari.

Batu angkasa itu mempunyai ukuran 999 meter dan selepas menghampiri bumi 18 Januari ini, kira-kira pukul 9.51 malam (waktu tempatan), batu angkasa itu tidak akan berada dekat dengan bumi sehingga 2105.

Asteroid 1994 PC1 yang mengorbit matahari setiap 1.5 tahun, pertama kali ditemukan pada 1994 oleh ahli astronomi, RH McNaught menggunakan balai cerap Siding di Australia.

Bulan lalu, NASA pernah memberi amaran mengenai Asteroid 2016 TR54 yang bergerak dengan kelajuan 56,327 kilometer sejam sehari sebelum perayaan Krismas.

Asteroid itu dilaporkan mempunyai saiz 10 kali ganda lebih besar daripada pokok Krismas Rockfeller di New York. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *