7 Individu Terbabit Jenayah Dadah Ditahan

Ketujuh-tujuh individu berkenaan.

SANDAKAN: Tujuh individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sentosa, Batu 10, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 5.30 petang itu, tujuh lelaki ditahan adalah rakyat tempatan berusia 20 hingga 55 tahun.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi berjaya menahan tiga lelaki bersama 48 paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Semua dadah seberat 8.44 gram itu dirampas bersama wang tunai sebanyak RM415 dipercayai hasil pengedaran dadah.

“Turut ditahan empat lelaki yang disyaki penagih dadah dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM1,329,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Abdul Rani berkata, semua tangkapam dan rampasan kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *