Pencarum KWSP Lain Rugi Dividen

KWSP juga bukan seperti bank apatah lagi tabungan diwujudkan itu untuk kegunaan hari tua. 

JEMPOL: Pihak tertentu yang mendesak supaya membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghentikannya berikutan ia akan merugikan pencarum pada masa depan.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, ia tidak adil kepada pencarum lain sekiranya dana KWSP terus dicairkan dalam jumlah besar.

Katanya, dana daripada 14.5 juta pencarum dilaburkan bagi mendapatkan dividen namun hanya 5.2 juta pencarum sahaja yang mengeluarkan caruman ketika kerajaan meluluskan i -Lestari, i – Citra dan I-Sinar.

“Jumlah bantuan bencana banjir Keluarga Malaysia yang disalurkan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas dengan banjir setakat ini hampir RM10,000.

“Ia termasuk untuk keperluan belian barangan yang musnah akibat banjir manakala mangsa kehilangan rumah mendapat tambahan peruntukan sehingga RM56,000.

“Ini adalah jumlah bantuan terbesar yang pernah diberikan kerajaan setakat ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya tadi.

Mohd Salim yang juga Pengerusi RISDA berkata tidak timbul soal pengeluaran wang KWSP jika kerajaan sudah memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Jelasnya KWSP juga bukan seperti bank apatah lagi tabungan diwujudkan itu untuk kegunaan hari tua.

“Pembayaran bantuan wang ihsan (BWI) kepada mangsa banjir juga turut dimudahkan dan ia merupakan paling cepat setakat ini,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *