Banjir Sabah: 3,310 Mangsa Di Pusat Pemindahan

Gambar pada 3 Januari menunjukkan ladang sawit di Beluran yang terjejas akibat banjir. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Seramai 3,310 orang mangsa banjir Sabah meliputi 1,316 keluarga membabitkan enam daerah masih ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 pagi ini.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,329 orang daripada 1,231 keluarga, pada 9 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang masih terjejas banjir Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

“Kota Marudu kekal daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 membabitkan 1,113 keluarga dan kini ditempatkan di 13 PPS.

“Daerah Pitas merekodkan 296 penduduk terjejas banjir membabitkan 123 keluarga yang berada di empat PPS.

“Seramai 172 mangsa daripada 38 keluarga pula dicatatkan di daerah Telupid, yang masih berada di tujuh PPS,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, jurucakap APM Sabah menyatakan seramai 102 orang penduduk terjejas banjir membabitkan 24 keluarga masih berada di tiga PPS bagi daerah Paitan.

Menurutnya, dua daerah lain kekal merekodkan mangsa banjir ialah Sandakan dengan seramai 46 mangsa membabitkan tujuh keluarga di satu PPS, manakala Beluran dengan 41 mangsa daripada 11 keluarga yang masih berada dua PPS. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *