Guru Sabah Penceramah Utama Konvensyen Pendidikan Britain

KENINGAU: Dua guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional Keningau, Dr. Sirhajwan Idek dan Puan Nurazilah Othman, telah berucap di konvensyen Macmillan Education Winter Fair, United Kingdom, yang telah berlangsung secara maya pada 16 Disember 2021.

Terdapat lima panelis bagi program dalam talian ini iaitu David Spencer, Alicja Galazka, Ben Crystal beserta dua guru ini.

Kedua-dua guru ini telah menerima pelbagai maklumbalas positif dari peserta konvensyen tersebut yang kebanyakkannya berasal dari benua Eropah dan Timur Tengah.

Kedua-dua guru ini terpilih sebagai panelis kerana mereka adalah pemenang anugerah global Simon Greenall Award pada tahun 2021 dengan projek seni bertajuk “Dau-Dau”.

Mereka akan membentang sebahagian daripada projek mereka yang mengandungi elemen teater iaitu pertunjukan boneka, animasi pendek dan teater pembaca.

Melalui projek ini, para pelajar kolej itu telah menghasilkan pelbagai video persembahan seni termasuklah deklamasi puisi, penceritaan dan persembahan bahasa isyarat dan mereka berjaya merangkul pelbagai anugerah di festival seni dan pertandingan bahasa.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan yang telah dicapai oleh para guru serta pelajar institusi tersebut kerana ianya menunjukkan komitmen KV Keningau untuk mewujudkan amalan terbaik dalam pelbagai bidang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman sesi kedua-dua guru ini boleh ditonton di saluran YouTube Macmillan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *