MH370 Di Kemboja?

Imej satelit yang didakwa sebagai MH370 di kawasan hutan di Kemboja. – Foto Agensi

LONDON: Seorang juruterbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace mendakwa dia bersama pasukannya hampir merungkai kehilangan pesawat MH370.

Lelaki itu, baru-baru ini, mendedahkan imej satelit yang didakwa sebagai sebagai lokasi MH370 terhempas di hutan di Kemboja.

Express.co.uk melaporkan, Milne sudah menghantar imej satelit itu kepada Pentagon dan Rumah Putih untuk dirujuk.

Misi pencarian pesawat itu berdasarkan imej satelit berkenaan dijangka akan dijalankan menggunakan helikopter pada 2022.

Berdasarkan data yang dimiliki, Milne percaya MH370 terhempas di Kemboja kerana memiliki bukti isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu.

Pesawat itu berkomunikasi untuk kali terakhir bersama menara kawalan kira-kira 38 minit selepas berlepas dan direkodkan di Laut China Selatan.

Data daripada radar menunjukkan pesawat itu dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Gerakan mencari dilakukan di Lautan Hindi sebelum ditamatkan pada Januari 2017 serta diteruskan kembali pada 2018, namun masih gagal mengesan keberadaan pesawat itu. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *