TERKINI: Tsunami Telah Dikesan Di Marapokot Flores, Indonesia

Gambar Hiasan

JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tsunami telah dikesan di Marapokot pada jam 11:36 pagi (waktu tempatan) susulan gempa berkekuatan magnitud 7.4 dikenalpasti.

Melalui perkongsian, tsunami di Marapokot itu dikatakan pada ketinggian 0.07 meter.

Sebelum ini, pihak BMKG telah pun mengeluarkan peringatan awal tsunami di beberapa wilayah antaranya Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan, dan Sulawesi Tenggara.

Dalam masa sama, gempa susulan dengan magnitud lebih dari 5.0 turut dilaporkan berlaku pada pukul 10.47.02 (waktu tempatan). Gempa tersebut berlokasi di 129km BaratLaut Maumere, Sikka, NTT.

Sumber: LiputanTwitter BMKG

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *