Diskaun Kompaun Saman 80% JPJ Dilanjutkan Hingga Rabu

Facebook JPJ memaklumkan pengurangan kompaun saman sehingga 80% sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dilanjutkan tiga hari lagi. – Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80% yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Dis depan.

Permakluman mengenai perkara berkenaan dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman polis dan JPJ yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, ditutup serta-merta.

Ia susulan kegagalan pihak penganjur memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Penganjur program berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *