Covid-19: Sabah Rekod 287 Kes Baharu Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 287 kes baharu COVID-19 hari ini meningkat 24 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi semalam dengan 57 kes, diikuti Papar dengan 37 kes dan Ranau 33 kes.

“Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian walaupun pada skala yang kecil.

“Kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu angka sahaja. Tidak ada kes baharu di tiga daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 54 orang daripada 287 pesakit hari ini melibatkan warga asing dan secara keseluruhan 132 pesakit adalah wanita.

Katanya, hampir 20 peratus daripada jangkitan hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

“Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah.

“Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5. Kes yang melibatkan tujuh lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *