PRN Melaka: SPR Sahkan BN Menang 18 DUN Setakat Ini

AYER KEROH: [10:01 MALAM] SPR umum BN menang Gadek, Machap Jaya, Pantai Kundor, Rim, Serkam, Telok Mas, dan Paya Rumput.

Secara keseluruhan, BN disahkan menang di 18 kerusi.

[9:44 MALAM] SPR umum bekas ketua menteri Adly Zahari kekalkan PH di Bukit Katil.

[9:37 MALAM] SPR umum BN menang Sungai Rambai dan Kuala Linggi.

BN juga diisytiharkan dapat merampas Kelebang dari tangan PH.

[9:34 MALAM] Bekas ahli PKR, Jailani Khamis, kekalkan BN di Rembia.

[9:32 MALAM] SPR umum bekas ketua menteri Idris Haron tumpas di Asahan di tangan BN.

BN juga diisytiharkan menang di Duyong, merampas kerusi itu daripada PH.

[9:25 MALAM] SPR umum PH kekalkan Bandar Hilir. PN tawan Bemban.

[9:19 MALAM] SPR umum calon Ketua Menteri BN, Sulaiman Md Ali, kekalkan Lendu.

[9:18 MALAM] SPR umum PN rampas Sungai Udang dari BN, yang mempunyai pengundi daripada kem tentera.

Sementara itu, BN disytiharkan menang Merlimau dan Durian Tunggal. PH menang Kota Laksamana.

[9:11 MALAM] SPR umum BN menang Tanjung Bidara, Ayer Limau, dan Taboh Naning. PH menang Ayer Keroh.

[9:09 MALAM] BN isytihar ‘menang’ di Pantai Kundor. Nor Azman Hassan meraih kelebihan 837 undi. Pada PRU14, BN menang.

[8.49 MALAM] Suasana nampak tenang di bilik gerakan Barisan Nasional, yang mengisytiharkan ia sudah menang 19 DUN.

[8:48 MALAM] BN mendahului di Pantai Kundor dengan 3,897 undi, mendahului PN yang meraih 3,118. Calon PH, Nor Azman Hassan, meraih 2,653.

[8.38 MALAM] BN isytihar menang di 19 DUN sekaligus layak menubuhkan kerajaan negeri baharu, menurut bilik gerakan gabungan itu. Jumlah itu juga memberikan ia majoriti 2/3.

[8.30 MALAM] Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron, dijangka akan tumpas di Asahan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini. Pada PRU14, BN menang.

Beliau meraih 1,344 undi berbanding calon BN, Fairul Nizam Roslan, yang meraih 3,472 undi.

Idris dan B Dhanesh (PN), yang meraih 1,846 undi, dijangka tidak akan dapat merapatkan jurang.

[8:28 MALAM] BN isytihar ‘menang’ di Gadek. VP Shanmugam meraih 2,987 undi, menewaskan penyandang, G Saminathan dari DAP, dengan kelebihan 536 undi.

[8:25 MALAM] BN isytihar ‘menang’ di Durian Tunggal. Zahari Kalil meraih 3,663 undi, dengan kelebihan 505 undi. Pada PRU14, PH menang.

[8:19 MALAM] Lim Ban Hong (BN) dikatakan ‘menang’ di Kelebang dengan 4,961 undi, meninggalkan PH (4,130) dan PN (3,812).

[8:15 MALAM] Calon Ketua Menteri BN, Sulaiman Md Ali, menang di Lendu dengan 4,486 undi. Beliau meninggalkan pesaing dengan kelebihan 3,104 undi.

[8:15 MALAM] Mohd Aleef Yusof (PN) mendahului di Sungai Udang dengan 4,012 undi. Pesaing terdekat, Mohamad Ali Mohamad (BN), meraih 2,870 undi.

[8:14 MALAM] Rahmad Mariman (BN) dijangka ‘menang’ di Ayer Molek.

[8:14 MALAM] Adly Zahari (PH) dijangka ‘menang’ di Bukit Katil.

[8:11 MALAM] VP Shanmugam (BN) masih mendahului di Gadek dengan 3,022 undi, berbanding PH (2,463) dan PN (2,041).

[8:09 MALAM] Akmal Saleh (BN) boleh dikatakan menang di Merlimau dengan 5,633 undi, meninggalkan pesaing dengan kelebihan 3,748 undi.

[8:08 MALAM] Sengit di Duyong. Mohd Noor Helmy Abd Halen (BN) mendahului Damien Yeo (PH) dengan kelebihan satu undi. BN meraih 4,259 undi.

[8:08 MALAM] BN isytihar menang di Ayer Limau. Hameed Basheer meraih 3,838 undi, berbanding PN (2,753) dan PH (798). Pada PRU14, BN menang.

[8:03 MALAM] Abd Razak Rahman (BN) dijangka merampas Telok Mas. Pesaing terdekat, Mohd Rafiq Naizamohideen (PN), meraih 3,601 undi. Tinggal hanya tiga saluran belum dikira.

[8:02 MALAM] BN isytihar menang di Kuala Linggi. Rosli Abdullah meraih 3,554 undi, meninggalkan PH (1,718) dan PN (1,645).

[8:01 MALAM] PH dijangka menang di Bandar Hilir. Leng Chau Yen meraih 7,823 undi. Pesaing terdekat, Lee Kah Sean (BN), meraih 1,185 undi.

[8:00 MALAM] BN dijangka akan mengekalkan Taboh Naning. Calon Zulkifli Md Zin meraih 2,765 undi, meninggalkan PN (1,185) dan PH (773), menurut Malaysiakini.

[7:57 MALAM] Rais Yasin (BN) mendahului di Paya Rumput dengan 1,768 undi. Shamsul Iskandar (PH) meraih 1,225 undi.

[7:55 MALAM] BN mengisytiharkan ia mendahului di 20 kerusi.

[7:53 MALAM] Sengit di Bemban. Koh Chin Han (BN) meraih 2,966 undi. Pesaing terdekat, Mohd Yadzil Yaakub, meraih 2,913 undi.

[7:53 MALAM] Kerk Chee Yee (PH) mendahului di Ayer Keroh dengan 9,459 undi, meninggalkan calon BN (3,891) dan PN (2,453).

[7:51 MALAM] Rahmad Mariman (BN) mendahului di Ayer Molek dengan 4,812 undi. Beliau mempunyai kelebihan 2,000 undi berbanding pesaing. Tinggal 10 saluran lagi.

[7:51 MALAM] Selepas undian dari 23 saluran dikira, Abd Rauf Yusoh (BN) boleh dikatakan menang di Tanjung Bidara dengan 3,559 undi. Mas Ermieyati Samsudin (PN) meraih 3,195 undi.

[7:47 MALAM] Abd Razak Rahman (BN) mendahului di Telok Mas dengan 4,770 undi. Rafiq Naizamohideen (PN) meraih 3,202 undi.

[7:44 MALAM] Tinggal hanya tujuh saluran lagi, Khaidhirah Abu Zahar (BN) mendahului di Rim dengan3 3,390 undi. Beliau meninggalkan pesaing dengan kelebihan 1,000 undi.

[7:40 MALAM] VP Shanmugam (BN) mendahului dengan 2,225 undi di Gadek, meninggalkan Mohd Amir Fitri Muharam (PN) yang meraih 1,513 undi. Pada PRU14, PH menang.

[7:37 MALAM] Tinggal hanya tiga saluran lagi, Abd Rauf Yusoh (BN) mendahului di Tanjung Bidara dengan 3,140 undi. Mas Ermieyati Samsudin (PN) ikut rapat dengan 2,820 undi.

[7:36 MALAM] Rahman Mariman (BN) mendahului di Ayer Molek. Beliau meraih 4,159 undi selepas lebih 50% undi dikira.

[7:35 MALAM] PH isytihar kemenangan di Kota Laksamana. Low Chee Leong (PH) meraih 11,799 undi, BN 1,882 undi, PN 1,123 undi.

[7:33 MALAM] Perlawanan di Kota Laksamana boleh dikatakan hampir tamat, dengan Low Chee Leong dari PH mendahului dengan 5,729 undi. Pesaing terdekat, Benjamin Low dari BN, meraih 663 undi.

[7:32 MALAM] Tinggal hanya empat saluran lagi, Ngwe Hee Sem dari BN mendahului di Machap Jaya dengan 3,055 undi. Beliau diikuti Law Bing Haw dari PH yang meraih 2,503 undi.

[7:30 MALAM] Calon Siti Faizah Abdul Azis dari BN mendahului di Sungai Rambai dengan 1,993 undi. Lebih 50% undi sudah dikira.

[7:29 MALAM] Tinggal hanya enam saluran lagi, Akmal Saleh semakin dekat dengan kemenangan di Merlimau, dengan 4,600 undi. Calon PN dan PH masing-masing meraih kurang daripada 2,000 undi.

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=476&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ffreemalaysiatoday%2Fvideos%2F562755604824264%2F&show_text=false&width=476&t=0

[7:26 MALAM] Calon Rahmad Mariman mendahului di Ayer Molek dengan 1,791 undi, selepas 1/3 undi dikira.

[7:24 MALAM] Calon Kerk Chee Yee dari PH mendahului di Ayer Keroh dengan 4,649 undi. Lebih 50% undi sudah dikira.

[7:24 MALAM] Calon Abd Rauf Yusoh dari BN mendahului di Tanjung Bidara dengan 1,157 undi. Pesaing terdekat, Mas Ermieyati Samsudin dari PN, meraih 730 undi. Pada PRU14, BN menang.

[7:22 MALAM] Calon Ahmad Bilal Rahaudin dari PN mendahului di Serkam dengan 1,817 undi. Pesaing terdekat, Mohd Zaidi Attan dari BN, meraih 1,789 undi. Pada PRU14, BN menang.

[7:14 MALAM] Calon Adly Zahari dari PH mendahului di Bukit Katil dengan 3,990 undi, selepas 50% undi dikira.

[7:11 MALAM] Calon Mohd Yadzil Yaakub dari PN memintas pesaing di Bemban, dengan kelebihan kecil 75 undi.

[7:10 MALAM] Calon Fairul Nizam Roslan mendahului di Asahan dengan 1,412 undi. Beliau meninggalkan calon PN yang memperoleh 351 undi dan PH 343 undi. Pada PRU14, BN menang.

[7:08 MALAM] Calon Lim Ban Hong dari BN dikatakan mendahului di Kelebang dengan 1,602 undi. Calon PN dan PH terikat dengan 1,555 undi. Pada PRU14, PH menang.

[7:08 MALAM] Sengit di Telok Mas. Calon Abd Razak Rahman dari BN dikatakan di depan dengan kelebihan hanya tujuh undi. Beliau bersaing dengan Ashraf Mukhlis Minghat dari PH dan Mohd Rafiq Naizamohideen dari PN. Pada PRU14, PH menang.

[7:07 MALAM] Calon Mas Ermieyati Samsudin dari PN dikatakan mendahului di Tanjung Bidara dengan 542 undi. Pesaing terdekat, Ab Rauf Yusoh dari BN, peroleh 464 undi. Pada PRU14, BN menang.

[7:07 MALAM] Sengit di Machap Jaya. Calon Ngwe Hee Sem dari BN dikatakan mendahului dengan 1,573 undi. Pesaing terdekat, Law Bing Haw dari PH, peroleh 1,540 undi. Pada PRU14, PH menang.

[7:04 MALAM] Calon Akmal Saleh dari BN dikatakan mendahului pesaing dengan kelebihan 1,000 undi di Merlimau, selepas 1/3 undi dikira. Pada PRU14, BN menang.

[7:03 MALAM] Calon Sulaiman Md Ali dikatakan mendahului di Lendu dengan 1,328 undi. Pesaing dari PN meraih 326 undi. Kelebihan undi setakat ini lebih 1,000 undi. Pada PRU14, BN menang.

[7:02 MALAM] Calon Kerk Chee Yee dari PH dikatakan melepasi persaingan sengit di Ayer Keroh, meninggalkan calon BN dan PN dengan kelebihan 674 undi. Pada PRU14, PH menang.

[7:00 MALAM] Calon Lim Ban Hong dari BN dikatakan mendahului di Kelebang dengan 2,459 undi. Pesaing terdekat, Gue Teck dari PH, meraih 2,246 undi. Pada PRU14, PH menang.

[6:58 PETANG] Calon Allex Seah Shoo Chin dari PH dikatakan mendahului di Kesidang dengan 3,941 undi. Pesaing terdekat, Leong Hui Ying dari BN, dikatakan meraih kurang dari separuh undi tersebut. Kelebihan undi setakat ini lebih 2,500 undi. Pada PRU14, PH menang.

[6:45 PETANG] BN dikatakan mendekati PN di Bemban. Calon Mohd Yadzil Yaakub dari PN masih di depan dengan kelebihan kecil. Pada PRU14, BN menang.

[6:43 PETANG] Sengit di Ayer Keroh. Calon Yong Fun Juan dari BN dikatakan mendahului calon PH dan PN dengan 438 undi. Pada PRU14, PH menang.

[6:38 PETANG] Calon Low Chee Leong dari PH dikatakan mendahului di Kota Laksamana dengan 1,788 undi. Pada PRU14, PH menang.

[6:22 PETANG] Calon Mohd Aleef Yusof dari PN dikatakan mendahului di Sungai Udang dengan 1,502 undi. BN ikut rapat dengan 1,012 undi. PH 151 undi. Pada PRU14, PH menang.

[5:30 PETANG] Semua 217 pusat mengundi bagi PRN Melaka membabitkan 1,109 saluran ditutup.

Peratus keluar mengundi sehingga 4 petang tadi sekadar 61%, daripada 476,037 pengundi biasa, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pemilihan ini berlatarkan kebimbangan orang ramai terhadap wabak Covid-19, dan perasaan bercampur-baur masyarakat mengenai situasi politik dan ekonomi semasa.

Keseluruhan jumlah pengundi yang layak adalah 495,195 orang.

Petugas SPR di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor menutup pagar seusai tempoh pengundian tamat.

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 112 calon menyertai gelanggang. Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan – yang pernah berseteru atau bersekutu pada suatu ketika.

Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang bertanding bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang menang 13 kerusi. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *