Cikgu Sydney Bentang Projek Seni Di Persidangan Dalam Talian Turki

KENINGAU: Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Cik Sydney Engelbert Ganggang, 27 tahun, telah membentang projek seni dalam pengajaran bahasa di persidangan antarabangsa secara maya yang berpusat di Turki pada 13 November 2021.

Cik Sydney merupakan satu-satunya pembentang dari Malaysia di persidangan International Archeology, Art, History and Cultural Heritage Congress tersebut.

Cikgu Sydney menerangkan teknik pengajaran bahasa melalui persembahan boneka, deklamasi puisi serta penceritaan dalam Bahasa Inggeris terutamanya semasa pembelajaran di rumah yang mampu menggalakkan pelajar untuk memberi tumpuan yang lebih kepada penguasaan bahasa.

Aktiviti-aktiviti ini berjaya membantu pelajar memperbaiki sebutan, mengenali maksud perkataan dan meningkatkan kemahiran membaca memandangkan mereka perlu menguasai teks sastera yang diberi agar dapat mempersembahkannya dengan baik.

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada projek seni yang dikenali sebagai “Dau Dau” yang pernah memenangi anugerah United Kingdom iaitu Simon Greenall Award pada pertengahan tahun 2021.

Ramai pelajar kolej tersebut yang telah menempa pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Cikgu Sydney merupakan salah seorang ahli pasukan tersebut. Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, pengarah KV Keningau, berasa gembira dengan usaha guru-gurunya yang sentiasa cuba untuk membantu pelajar menguasai subjek-subjek yang ditawarkan di kolej tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *