ADUN Kukusan Nafi Dakwaan Tinggalkan Warisan

Rina Hj Jainal

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.70 Kukusan, Rina Hj Jainal menafikan sekerasnya bahawa beliau telah keluar daripada Parti Warisan.

“Saya masih lagi bersama dan terus menjadi wakil rakyat dibawah payung WARISAN,” katanya ketika merujuk kepada satu petikan artikel dari sebuah ‘page’ atau portal yang mendakwa Rina telah keluar daripada WARISAN.

Tambahnya, dakwaan kononnya beliau keluar parti disebabkan kecewa dengan perjuangan Presiden Parti yang semakin hilang arah, adalah palsu dan bersifat fitnah.

“Sehingga kini, saya tidak melihat perkara tersebut, malah kekuatan, visi dan misi Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih lagi jelas. Presiden tidak perlu akur dengan tekanan luar, malah kekal dengan pendirian untuk tidak menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang ditawarkan kerajaan.

“Sejak PRU-14, pihak di sebelah sana yang terus melatah, malah sanggup tukar parti dan beli ADUN Warisan semata-mata mahu terus berkuasa,” katanya. Rina juga memegang jawatan Naib Ketua Wirawati Sabah dan Ketua Wirawati Bahagian Kalabakan.

Menurut Rina, dia tidak terkejut pun bila dimaklum mengenai laporan tersebut.

Pertama, umum mengetahui portal berkenaan memang dikendalikan cybertrooper yang hidupnya bergantung kepada fitnah untuk popular. Mungkin itulah sumber rezeki mereka untuk makan dan membesarkan keluarga dengan cara fitnah orang.

Kedua, orang ramai sedia maklum, blog-blog atau page sebegini ‘is nothing’ kecuali hanya orang yang malas berfikir sahaja akan menganggap ia betul dan perlu dibahaskan.

Ketiga, fitnah sebegini adalah bertujuan melemahkan penyokong. Namun, saya tahu penyokong saya di Kukusan tidak akan mudah tertipu. Ini kerana hubungan rapat saya dengan penyokong dan penduduk Kukusan menerusi siri lawatan yang sentiasa saya kongsikan dalam Facebook.

“Tiada istilah keluar parti di pihak ADUN Kukusan. Saya masih teg – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *