
PUTRAJAYA: Sebanyak 13,899 kes baharu COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 2,185,131 kes.
Melalui data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 2,712 kes.
Ia diikuti oleh negeri Selangor dengan 2,341 kes dan Johor dengan 1,377 kes.
Selain itu, empat negeri iaitu Johor, Pulau pinang, Kelantan dan Perak masih lagi mencatatkan kes empat angka.
Manakala, Labuan hanya mencatatkan 5 kes sahaja, diikuti oleh Perlis dengan 17 kes dan Putrajaya dengan 37 kes.
Pulau Pinang – 1,060 (125,940)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
Kelantan – 1,170 (109,674)
Perak – 1,128 (97,960)
Negeri Sembilan – 194 (96,579)
Pahang – 779 (61,337)
Melaka – 339 (56,765)
Terengganu – 760 (52,302)
WP Labuan – 5 (9,950)
WP Putrajaya – 37 (6,037)
Perlis – 17 (3,566)
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost