Lima Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD

PUTRAJAYA: Lima lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 16 hingga 29 September.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah pada 16 hingga 29 September:

Sabah:

  • Dua lokaliti di Kota Marudu,melibatkan Kirangawan dan Kampung Pinatau.
  • Kampung Nuntunan Apin-Apin,Keningau
  • Kampung Lungkidau,Ranau.
  • Perumahan pekerja ladang di Ruku-Ruku Boustead farm,Telupid.

Penamatan PKPD di Sabah pada 15 September:

Sabah:

  • Kampung Labuan, Kampung Ambong Tolus dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.
  • Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), Ranau.
    Taman Ria Height, Tawau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost