4 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Mulai Esok

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Empat lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 15 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan semalam berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 15 hingga 28 September.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, lanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah pada 15 hingga 28 September:

  • Kilang Fu Yee, Brantian, Kalabakan.
  • Kampung Rugading, Kota Marudu.
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Lanjutan PKPD pada 15 hingga 25 September:

  • Kampung Lotong, Kota Marudu, Sabah.

Penamatan PKPD Di Sabah pada 14 September:

Sabah:

  • Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau.
  • Kampung Penanggah, Tongod.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost