Pawagam Dibenar Operasi Dengan Kapasiti 50% Individu Lengkap Vaksinasi – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pawagam di semua negeri dibuka kepada individu lengkap divaksin dengan 50% kapasiti mulai Khamis ini.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, membenarkan lebih banyak sektor dibuka akan memanfaatkan lebih sejuta penggiat seni dan pekerja industri kreatif, serta lebih 19,000 perniagaan.

“Industri kreatif menyumbang 2% atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019.

“Selain membolehkan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggaran ini juga dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam menyataan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost