Polis Cari Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis memburu seorang lelaki positif COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Lahad Datu, semalam.

Suspek, Firdaus Abdul Halim, 30, melarikan diri pada jam 8.07 malam ketika proses dokumentasi oleh pihak hospital.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata suspek dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu, selepas mengadu demam dan hilang deria rasa.

Katanya, suspek dibawa ke hospital untuk menjalani ujian calitan RTK COVID-19 sebelum disahkan positif.

“Ketika proses dokumentasi dijalankan oleh kakitangan hospital, suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rohan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau balai polis berhampiran,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *