
KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini adalah dipilih menerusi gabungan mereka yang berpengalaman dan berupaya memulihkan ekonomi negara ekoran pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri juga menaruh kepercayaan bahawa Jemaah Menteri yang dilantik mampu menyokong segala usaha dan memudah cara rangkaian perniagaan.
Katanya, ciri-ciri kepemimpinan sedemikian bakal merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur luar untuk masuk ke Malaysia.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost