Gempa Bumi Kuat 7.1 Di Filipina

Pusat gempa berkenaan. – Foto USGS

MANILA: Gempa bumi bermagnitud 7.1 menggegarkan Filipina pada Khamis, lapor Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu juga menyebabkan amaran tsunami diaktifkan, tetapi ia ditarik semula dua jam kemudian.

Gegaran itu dikesan 63.3 kilometer (km) timur Pondaguitan di Mindanao, pulau kedua terbesar negara itu.

Kejadian berlaku kira-kira 1.45 pagi waktu tempatan dan dikesan pada kedalaman 65 km.

Filipina yang terletak dalam lingkungan Lingkaran Api Pasifik itu sering dilanda gempa bumi.

Lingkaran itu berada pada jajaran antara Jepun sehingga melepasi kawasan basin Pasifik. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost