Isteri Cedera Ditumbuk, Diugut Guna Parang Suami Cemburu Buta

Gambar Hiasan

BEAUFORT: Seorang suami bukan saja mengugut menggunakan parang malah bertindak menumbuk isterinya kerana cemburu dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, khamis lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 60 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana mempercayai isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Yusoff Zaki

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa berusia 48 tahun itu kemudiannya terpaksa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, mangsa mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengugut isterinya menggunakan parang dengan mengacu ke leher mangsa.

“Suspek turut mengugut mahu membunuh isterinya sebelum bertindak menumbuk di bahagian pinggang kiri mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain.

Katanya, siasatan menjurus kepada kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumah tangga. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *