9 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah

KOTA KINABALU: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lagi lokaliti di Sabah mulai 9 hingga 22 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan pelaksanaan PKPD bermula 9 hingga 22 Ogos seperti berikut:

Sabah

  • Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati di Tawau
  • Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu di Penampang
  • Kampung Marau di Sipitang
  • Kampung Baru Kimanis di Papar
  • Kampung Tanjong Kapor di Kudat

Penamatan PKPD di Sabah mulai 8 Ogos :

  • Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort
  • Kampung Tungkang di Kudat
  • Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran
  • Kampung Telisai, Tungku di Lahad Datu
  • Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu
  • Kampung Pituru Kinarut di Papar

Sementara itu, Hishammuddin berkata, 282 orang ditahan kerana mengingkari SOP semalam, dengan 261 daripadanya dikompaun dan 21 lagi direman.

Katanya, tiada pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *