Terus Meningkat! 1,255 Kes Baharu Covid-19 Di Sabah Hari Ini

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah terus meningkat apapbila hari ini terus berada dalam paras yang amat tinggi hari ini iaitu sejumlah 1,255 kes.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus mencatatkan jumlah kes tinggi iaitu 241 kes hari ini hanya kurang sedikit daripada jumlah semalam (282 kes).

“Daerah Tawau juga mencatatkan kes harian yang tinggi iaitu 135 berbanding 177 semalam. Tetapi kes baharu di Tuaran melambung tinggi ke 143, yakni penambahan 47 kes.

“Ini juga disumbangkan daripada 39 kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokaliti PKPD serta 79 kes kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes baharu di Beluran juga naik mendadak ke 123, 109 kes daripadanya disumbangkan melalui saringan bersasar. semalam, Beluran hanya mencatatkan 6 kes sahaja.

Menurutnya, kes baharu di Sandakan juga mencatatkan penambahan kes yang tinggi, daripada 72 kes kelmarin kepada 108 kes semalam.

“Kluster baru Lebuh Empat menyumbang 39 kes bagi daerah itu. Semua daerah mencatatkan kes baharu.

“Kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes baharu, yakni 618, kategori bergejala 247 kes dan kes daripada kluster-kluster sebanyak 131 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi menjelaskan kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi PKPD menyumbang hampir 15 peratus (187) kepada kes keseluruhan.

Katanya, terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu di Tarikan Nabawan dan Lebuh Empat Sandakan. 

Untuk rekod katanya, 38 kes baharu hari ini melibatkan OKT, yakni tahanan di penjara atau pusat tahanan sementara bagi mereka yang menunggu dihantar balik ke negara asal.

“995 pesakit daripada 1255 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Empat orang dalam kategori 4, tidak ada kes baharu dalam kategori 5. 246 kes masih dalam siasatan lanjut untuk menentukan pengkategorian. 

“Program vaksinasi berjalan lancar. semalam JKNS memberi 48,195 dos vaksin kepada rakyat yang layak. 

“Kita mengharapkan bekalan vaksin yang banyak dan tidak terputus akan terus kita terima bagi membolehkan JKNS mempertingkat serta mempercepatkan gerakan vaksinasi di Sabah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *