5 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 6 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak lima lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 6 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein, dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 6 hingga 19 Ogos adalah seperti berikut:

  • Dua lokaliti di Daerah Kunak, iaitu di Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri
  • Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartment 1

Penamatan PKPD pada 5 Ogos

Sabah

  • Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu
  • Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan
  • Taman Merpati, Sandakan

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 248 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar SOP, manakala 25 individu lagi direman.

Katanya, 41 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Menurutnya, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *