Covid-19: 17,170 Kes Positif Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 17,170 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,078,646 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,163 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 2,183 kes, Kedah (1,212), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554), Terengganu (437), Melaka (416), Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *