
KUALA LUMPUR: Selepas ditangguh dua kali, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis sekali lagi ditangguh, kali ini pada pukul 5.15 petang pula.
Semua Ahli Parlimen tidak dibenarkan keluar dari kawasan Parlimen dan diarah jalani ujian saringan COVID-19.
Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon sebentar tadi.
Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan terdapat dua lagi kes positif COVID-19 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan COVID-19.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost