7 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 24 Julai

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di Sabah susulan penularan wabak Covid-19,’ kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya hari ini, Ismail berkata, di Sabah PKPD membabitkan Kg Pukak, Mukim Tengah, PPR Gayang Ria, Mukim Berungis di Tuaran; Kampung Gumandang, Kudat; Kampung Lumatai Ulu, Beaufort; Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, di Sipitang.

Sementara PKPD di Kampung Mangkubau Laut, Pitas, Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; FELDA Umas 1, 3 ,4, Kalabakan dan Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, di Sabah, akan tamat bermula 23 Ogos ini.

Ismail yang juga Menteri Pertahanan, berkata Pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam melaksanakan 78,604 pemeriksaan dan pemeriksaan mengejut Covid-19 di seluruh negara.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,735 kilang, 15,285 premis perniagaan, 771 tapak pembinaan dan 266 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 34 premis meliputi empat kilang, dan 30 premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Katanya, pihak polis turut menahan 525 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 449 dikompaun, 68 direman, manakala lapan lagi individu dijamin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *