Lahir Bayi Berkepala Tiga

Bayi berkenaan.

NEW DELHI: Orang ramai di India berpusu-pusu untuk melihat bayi berkepala tiga sejak kelahirannya di Uttar Pradesh diumumkan pada 12 Julai lalu.

Daily Star melaporkan ibu yang diberi nama hanya Ragini itu difahamkan melahirkan bayi itu secara normal dan ia menjadikan kelahiran anak berkepala tiga sesuatu mengejutkan.

Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan sihat serta meninggalkan hospital dan pulang ke rumah.

Namun, mereka dikatakan kecewa selepas dibanjiri dengan kunjungan orang yang terdesak untuk melihat bayi yang baru lahir itu.

Penduduk tempatan menganggapnya keajaiban sehingga ada yang sanggup menempuh jarak jauh untuk sampai ke rumah sehingga mereka dapat memberkati bayi itu.

Gambar dan rakaman video menunjukkan orang ramai datang ke rumah ibu itu untuk melihat bayi yang baru lahir dan berbaring atas selimut.

Dua kepala tambahan dilihat pada bahagian belakang kepalanya dan juga mempunyai rambut.

Kedua kepala tambahan kelihatan berat ketika orang itu mengangkatnya dari selimut, tetapi bayi itu tidak merasa sakit.

Tahun lalu, seorang bapa mentua yang kejam dari Uzbekistan, memaksa isteri anaknya melahirkan bayi berkepala dua sebelum memerintahkannya menyerahkannya untuk dijaga orang lain. Ibunya diberitahu bayi kembarnya itu ‘bersambung’ pada minggu ke-21 kehamilannya – tetapi ayah mentua melarangnya daripada menggugurkan kandungan.

Bayi mempunyai kepala dan otak yang terpisah tetapi berkongsi badan dengan dua paru-paru, satu perut dan satu alat kelamin.

Awal tahun ini, seorang petani di Macedonia Utara dilaporkan terkejut apabila seekor lembu peliharaaanya melahirkan anak lembu dengan dua kepala.

Penduduk kampung Vasko Popovski dari Kravari dekat bandar Bitola, mengatakan haiwan itu mempunyai empat mata, dua hidung, dua mulut tetapi satu memiliki otak. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *