UMNO Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Serta-Merta

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa serta merta.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas memperhalusi dan mempertimbangkan garis panduan utama oleh Majlis Tertinggi pada 11 Mac 2020 ketika Umno memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, antara garis panduan itu adalah kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

“Selepas diperhalusi garis panduan Umno sebagai syarat memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah gagal dipenuhi dan memuaskan.

“Bagi memenuhi mandat sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2020, dan berpandukan tujuh kegagalan yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta merta.

“Justeru Umno mendesak agar Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan Perdana Menteri baharu dilantik secara terhormat

“Perdana Menteri baharu diharapkan dapat menangani wabak Covid-19 dan program imunisasi dengan berkesan. Selepas dapat mengawal Covid-19, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya dan memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan secara sah,” katanya.

Katanya, Majlis Tertinggi juga memutuskan tidak akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan dan DAP. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost