Covid-19: 5,293 Kes Baharu, 60 Kematian Direkodkan Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 5,293 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 63,815 aktif dengan 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 454 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 696,408 manakala, kes sembuh pula sebanyak 5,941 dengan 628,185 jumlah kumulatif .

Sementara itu, sebanyak 60 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 4,408.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,680 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379), Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Penang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (4) and Perlis (2).

Terdapat 5,286 jangkitan tempatan hari ini, membabitkan 3,894 rakyat Malaysia dan 1,392 warga asing, serta tujuh kes import.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *