Ahli Star Cabul Peserta Ratu Kaamatan Dihadapkan Ke Mahkamah Esok

KOTA KINABALU: Ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang didakwa terlibat dalam kes cabul seorang peseta Unduk Ngadau 2021 akan dihadapkan di mahkamah esok.

Ia susulan siasatan berhubung kes gangguan seksual itu sudah selesai dan kes telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, memandangkan siasatan kes ini sudah selesai maka, pendakwaan akan dilakukan di mahkamah esok (10 Jun).

Beliau berkata, sepanjang siasatan dijalankan seramai 12 individu telah dipanggil termasuk peserta Unduk Ngadau dan seorang lelaki warga Australia yang bekerja di bawah syarikat ahli politik tersebut.

“Tahanan reman ahli politik itu berakhir semalam. Kini, kita hanya menunggu tindakan dan arahan selanjutnya daripada Pejabat Peguam Negara bagi melakukan pendakwaan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Ahli politik berusia 52 tahun yang merupakan bekas Penyelaras STAR Putatan ini ditahan di pejabatnya di Asia City pada 3 Jun lalu setelah laporan polis yang dibuat pada 21 Mei oleh mangsa tular di media sosial.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa, dia mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *