4,832 Mangsa Banjir Di Beaufort & Tenom

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Tenom dan Beaufort meningkat kepada 4,832 orang, setakat 8 pagi hari ini.

Ia berbanding 4,792 mangsa, petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, mangsa ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tenom masih menjadi daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ketika ini dengan 4,221 mangsa.

“Daerah Beaufort pula mencatatkan 611 penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penduduk di kawasan rendah serta berdekatan sungai diminta supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca terkini selain memantau anak masing-masing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *