Cikgu Lerry Tersenarai 15 Penerima Geran Kebangsaan Untuk Projek Inovasi

Lerry David

KENINGAU: Encik Lerry David dari Kolej Vokasional Keningau bakal menerima geran berjumlah sekurang kurang RM2,000 apabila berjaya tersenarai sebagai salah seorang daripada 15 finalis terbaik untuk anugerah kebangsaan Cikgu Kickstart anjuran Edufication yang diumumkan pada 13 April 2021.

Pertandingan tersebut yang telah menerima hampir 200 permohonan telah menyenarai pendekkan permohonan tersebut kepada 50 finalis terbaik dan kemudiannya 30 finalis terbaik sebelum 15 peserta yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan.

15 guru ini telah mula menghadiri kursus latihan dan sesi bimbingan dimana mereka akan membentang projek mereka pada penghujung bulan ini dan tiga finalis terbaik akan dihadiahkan RM 6000 untuk melaksanakan projek masing-masing.

12 finalis yang lain akan turut menerima geran berjumlah RM 2000.

Projek yang sedang dibangunkan oleh Encik Lerry David merupakan sebuah aplikasi mudah alih untuk pembelajaran esei Bahasa Melayu bagi para pelajar yang diajarnya.

Dia membina aplikasi tersebut semasa sekolah ditutup pada tahun lepas untuk membantu para pelajar meneruskan pembelajaran mereka dirumah dengan cara yang lebih praktikal dan berkesan.

Dia berhasrat untuk terus membangunkan aplikasi tersebut agarnya ianya dilengkapi dengan pelbagai fungsi digital. Ini merupakan faktor utama dia mengambil keputusan menyertai pertandingan ini.

Dia pernah membentang projeknya ini di persidangan antarabangsa dalam talian yang berpangkal di Tokyo, Jepun, pada Disember lepas.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian Cikgu Lerry David yang membuktikan kebolehan guru-guru kita dalam bidang inovasi yang berunsurkan pendidikan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *