Semakan Jumlah Bayaran & Tarikh Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2

Berdasarkan makluman daripada Kemeterian Kewangan Malaysia,bayaran BPR Fasa 2 akan dibayar pada bulan Mei 2021.

Untuk makluman, bayaran BPR Fasa 1 telah diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Melalui pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima telah menerima bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR FASA 2

Semakan Status permohonan BPR Fasa 2 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

KAEDAH BAYAAN BPR FASA 2

Seperti BSH dan BPN sebelum ini, kaedah bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.

Pembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi.

KADAR BAYARAN BPR FASA 2

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

Fasa 2 – Mei  2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan bawah RM2,500

21 tahun ke atas RM350

SOALAN LAZIM

Bila tarikh pembayaran BPR Fasa 2?

Dijangka bulan Mei 2021

Bila tarikh boleh buat semakan status BPR bagi permohonan baharu?

Dijangka bulan Mei 2021

Berapa jumlah pembayaran BPR Fasa 2?

Bergantung kepada kategori permohonan yang diluluskan.

Adakah bayaran BPR Fasa 2 sebelum hari raya?

Ya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

37275