PKPD Di Dua Lagi Kawasan Di Tawau Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Dua lagi kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa tengah malam ini.

Kawasan terbabit adalah Taman Tawau Lama serta Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu berikutan berlaku penularan jangkitan Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Bagi kes di Taman Tawau Lama, Ismail Sabri berkata, KKM sudah melaksanakan sembilan ujian saringan dan daripada jumlah itu lima kes positif dilaporkan.

Sementara itu, katanya, Kampung Batu Payung pula merekodkan lapan kes positif daripada 12 ujian saringan yang dilakukan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua berkenaan bermula 17 April sehingga 30 April ini.

Tambah beliau, pelaksanaan PKPD itu bagi memastikan pergerakan keluar masuk dapat dikawal dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *