Pewaris Mangsa COVID-19 Terima Wang Ehsan RM5,000

Bashir (dua kiri) menyerahkan wang ehsan bantuan kerajaan kepada Mohd Shafieq sambil diperhatikan Haji Rithuan (kiri) di Kampung Sungai Miri, baru-baru ini.

LABUAN: Pewaris mangsa COVID-19, Mohd Shafeiq Jawan menerima wang ehsan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Tabung COVID-19 yang disalurkan kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Majlis penyampaian wang ehsan sebanyak RM5,000 itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, baru-baru ini.

Mohd Shafieq yang bekerja sebagai pembekal makanan kehilangan isteri tersayang akibat jangkitan COVID-19 pada Disember 2020.

Allahyarhamah isteri Mohd Shafieq, 40, mempunyai komplikasi kesihatan sewaktu dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia setelah 10 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Arwah meninggalkan tiga orang anak perempuan masing-masing berumur tiga tahun, 12 tahun dan 14 tahun.

Sementara itu, Mohd Shafieq mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya.

“Terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang membantu kami sekeluarga,”kata Mohd Shafeiq dari Kampung Sungai Miri.

Turut hadir pada majlis penyerahan wang ehsan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Bashir bagi pihak warga Labuan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan NADMA membantu mangsa COVID-19 dan berharap bantuan itu dapat meringankan beban kewangan keluarga mangsa. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *