1,767 Kes Baharu Covid-19, 12 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,767 kes baharu Covid-19 dan 1,290 pesakit sembuh, manakala angka korban kembali kepada dua digit, iaitu 12 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 363,940 kes Covid-19 yang dicatatkan sehingga kini, seramai 346,295 pesakit sudah pulih dan 1,345 lagi meninggal dunia.

Katanya, seramai 16,300 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 82 daripada 199 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Selain sembilan kes import, baki 1,758 kes baharu ialah penularan tempatan yang membabitan 1,508 warganegara dan 250 warga asing.

Sarawak sekali lagi mencatatkan bilangan kes tertinggi, iaitu sebanyak 607 kes.

Ia susuli Selangor dengan 483 kes, Kuala Lumpur (133), Sabah (117), Kelantan (103), Pulau Pinang (92), Johor (74), Kedah (39), Perak (36), Negeri Sembilan (29), Melaka (17), Pahang (14), Terengganu (13), Putrajaya (tujuh) dan Labuan (tiga).

Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *