10 Penjaja Langgar SOP Terima Notis Kompaun DBKK & KKM

Pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepada penjaja borong yang didapati melanggar SOP semasa Ops Bersepadu dilaksanakan di sini. – Foto DBKK

KOTA KINABALU: 10 penjaja borong diberikan notis kompaun selepas didapati melanggar undang-undang serta Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam satu operasi bersepadu di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ) Robert Lipon berkata Ops Bersepadu Pasar Besar Kota Kinabalu itu adalah bagi mengawal kegiatan penjaja borong di lokasi yang tidak dibenarkan. 

Pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepada penjaja borong yang didapati melanggar SOP semasa Ops Bersepadu dilaksanakan di sini. – Foto DBKK

Tambahnya operasi dimulakan seawal jam 3 pagi membabitkan 38 anggota yang terdiri dari Jabatan Pelesenan,Jabatan Penguatkuasaan,Unit Common Inspectorate, Bahagian Penyampaian Perkhidmatan, serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat segelintir penjaja borong yang masih ingkar dengan SOP ditetapkan sebelum pihak KKM mengeluarkan lapan kompaun bagi kesalahan menjaja diluar waktu yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut mengeluarkan dua notis kompaun kepada penjaja yang melanggar Undang-Undang Kecil Penjaja 1966,” katanya.

Robert berkata operasi ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran peraturan seumpama.

Pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepada penjaja borong yang didapati melanggar SOP semasa Ops Bersepadu dilaksanakan di sini. – Foto DBKK

Beliau juga menasihatkan semua pengusaha serta penjaja agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat di bandaraya ini.

Tambahnya keseluruhan operasi ini ditamatkan jam 4.15 pagi. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *