Lelaki Ditemui Meninggal Dunia

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di hadapan bangunan di Jalan Chester, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan dimaklumkan oleh orang awam berhubung penemuan mayat mangsa.

Sebaik anggota polis membuat pemeriksaan, telefon bimbit mangsa berbunyi dan panggilan itu daripada anaknya yang sedang mencari mangsa.

Menurut sumber, mangsa, 65, dipercayai tinggal di Batu 4 Jalan Apas dan berjalan ke bandar tanpa pengetahuan keluarganya.

Pemeriksaan turut dilakukan oleh petugas kesihatan dan mengesahkan mangsa baru sahaja meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau menggunakan van jenazah untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Pihak polis akan menjalankan siasatan berkenaan punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *