Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri

Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 30 Mac : Aktiviti merentas negeri di seluruh negara masih belum dibenarkan setakat ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun jelas Ismail, kebenaran rentas negeri bersyarat bagi aktiviti pelancongan domestik melibatkan negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain masih diberikan seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, status PKPP melibatkan 10 negeri juga turut masih dikekalkan, iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dan WP Labuan.

Tempoh lanjutan status PKPP di 10 negeri tersebut berkuatkuasa dari 1 April sehingga 14 April kecuali Sarawak yang bermula 30 Mac hari ini sehingga 12 April.

Difahamkan, prosedur operasi standard (SOP) masih sama seperti sebelum ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *