COVID-19: 1,133 Kes Baharu, 5 Kamatian Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian Covid-19 dalam negara kembali mencecah empat angka apabila 1,133 kes dilaporkan, hari ini.

Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 941 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lapan kes import dilaporkan manakala 1,125 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor melaporkan kes baharu harian tertinggi iaitu 401 kes (35.4 peratus) membabitkan 355 kes (88.5 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Pulau Pinang sebanyak 194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak dengan 153 kes (13.5 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan berkaitan kluster di penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Menurutnya, sebanyak 1,148 kes dilaporkan pulih, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 328, 554 kes atau 95.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 161 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Selain itu, lima kes kematian baharu direkodkan dengan masing-masing dua di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala satu lagi di Selangor.

“Lima kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,265 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *