Keputusan Shafie Ketua Menteri Sabah Yang Sah Kekal – Bekas Hakim

Musa Aman (kiri) minggu lalu menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan berkenaan isu pelantikan Shafie Apdal sebagai ketua menteri Sabah selepas 2018.

KUALA LUMPUR: Tindakan Musa Aman menarik balik rayuannya dalam pertikaian “dua ketua menteri Sabah” di Mahkamah Persekutuan hanya mengukuhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2018 bahawa pelantikan Shafie Apdal adalah mengikut perlembagaan, kata seorang pesara hakim.

Ini kerana Mahkamah Rayuan tidak mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dengan merit tetapi hanya membatalkan rayuan Musa, kata Gopal Sri Ram.

“Hasilnya adalah usul tidak percaya tidak diperlukan bagi menentukan sama ada ketua menteri mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini juga bermaksud, Shafie Apdal sememangnya memiliki majoriti dalam DUN ketika ia dibubarkan,” tambah Sri Ram. – FMT

Berita Penuh Menyusul….

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *